Jenis Pembayaran
Bayaran
Kategori Bayaran:
- Bayaran Utiliti Premis MAIS
- Bayaran Tebus Pusaka
- Bayaran Fidyah
- Bayaran Kaffarah
- Akademi Baitulmal
- Bayaran Sewa Tanah/Premis Baitulmal
- Bayaran Maintenance Fee
Penyerahan
Kategori Penyerahan:
- Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah
- Penyerahan Wang Orang Berhutang
- Penyerahan Pelbagai Pesaka
- Penyerahan Harta Luqatah
Sumbangan
Kategori Sumbangan:
- Sumbangan
- Sumbangan Anak Yatim
Soalan Lazim
Apa itu E-MAIS?
E-MAIS ialah platform pembayaran atas talian rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang
membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dan membuat pembayaran secara mudah,
selamat serta pada bila-bila masa melalui internet.
Bagaimana menggunakan E-MAIS?
Pilih perkhidmatan yang ingin digunakan, lengkapkan maklumat yang diperlukan, semak
ringkasan pembayaran dan teruskan pembayaran melalui kaedah yang disediakan. Resit
pembayaran akan dipaparkan dan boleh dimuat turun selepas transaksi berjaya.
Apakah saya perlu mendaftar sebelum melakukan pembayaran dengan E-MAIS?
Ya. Pengguna perlu mendaftar dan log masuk ke akaun E-MAIS sebelum membuat pembayaran bagi
membolehkan rekod transaksi disimpan serta memudahkan semakan sejarah pembayaran pada masa
hadapan.
Apakah waktu operasi untuk E-MAIS?
E-MAIS boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, perkhidmatan
pembayaran tertakluk kepada waktu operasi penyedia perkhidmatan pembayaran atau
penyelenggaraan sistem yang dijadualkan.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan resit pembayaran?
Resit pembayaran akan dipaparkan selepas transaksi berjaya dan boleh dimuat turun atau
dicetak untuk simpanan.
Bagaiman jika pembayaran saya gagal?
Sila semak status transaksi terlebih dahulu. Jika pembayaran telah ditolak tetapi transaksi
tidak berjaya, sila hubungi pihak bank atau pentadbir E-MAIS untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimana saya boleh menghubungi pihak MAIS sekiranya memerlukan bantuan?
Pengguna boleh menghubungi pihak MAIS melalui saluran rasmi seperti telefon, e-mel atau
borang pertanyaan yang disediakan di laman web rasmi.